Tuesday, October 28, 2008

Ikan Masak Thai

Bahan-Bahan

Bahan-bahan A
  1. Ikan kerapu/siakap/merah-disapu garam
  2. Daun Limau Purut- dimayang halus
  3. Serai - dimayang halus
  4. Cili Kering/Cili Padi -dimayang halus
  5. Lengkuas -dimayang halus
Bahan-bahan B (kuah)
  1. Bawang putih - dicincang
  2. air putih - 1-2 cawan
  3. Kicap cair
  4. kicap pekat
  5. kiub pati ayam
  6. limau nipis
  7. gula
  8. garam
Cara
  1. Ikan digoreng garing dan diangkat.
  2. Bahan-bahan A tadi digoreng hingga layu dan diangkat.
  3. Gunakan minyak yang sama,tumis bawang putih hingga wangi dan masukan air,kicap cair,kicap pekat dan pati kiub ayam biar mendidih
  4. Masukan gula dan garam secukup rasa.
  5. Biar didih sebentar dan tutup api
  6. Baru diperahkan air limau nipis.
Cadangan Hidangan
  1. Letakan ikan didlm bekas
  2. Taburkan bahan A yg telah digoreng tadi dan tuangkan sos tadi diatas.
  3. Siap untuk dihidang.

Saturday, October 25, 2008

Ikan Masak 3 Rasa

Bahan-Bahan

BAHAN A:
  1. 1 ekor ikan siakap
  2. Garam
  3. Kunyit
  4. Minyak masak
BAHAN B:
  1. 2 biji bawang merah
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 1 ketul halia
  4. 3 batang serai (Semua bahan ini dirincis halus dan digoreng hingga garing)
BAHAN C:
  1. 4 sudu cabai kering yang telah diblander.
  2. Sedikit sos tiram
  3. Sedikit sos cili
  4. Gulu,garam dan daun limau purut.
BAHAN D:
  1. Karet
  2. Sudip
  3. jagung
  4. Bunga kobis
Cara
  1. Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (iaitu Bahan A).
  2. Bahan B yang telah digoreng hingga garing tadi dicampur pulak dengan Bahan C.
  3. Kemudian masukan sedikit air supaya tidak terlalu likat.
  4. Setelah masak dan naik bau masukan pulak Bahan D lebih kurang selama 7 minit.
  5. Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Gulai Ikan Lemak Kuning

Bahan-Bahan
  1. Ikan tongkol hitam seekor (sederhana besar)
  2. timun bebrapa potong
  3. lengkuas 2-3 hiris
  4. garam
  5. gula

Bahan B
  1. sebiji kelapa
  2. cili kering
  3. kunyit
Cara
  1. Bahan B dikisar lumat.
  2. Santan diperah dan ambil kepala beserta santan cair sedikit.
  3. Masukkan bahan B ke dalam periuk.
  4. Masukkan lengkuas, garam, gula, ikan. biarkan mendidih.
  5. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan pecah.
  6. Ketika ikan hampir masak, masukkan timun.
  7. Tutup dan hidangkan.

Thursday, October 23, 2008

Sweet and Sour Chicken

Bahan-Bahan

Marinade
  1. 1 tablespoon light soy sauce
  2. Half teaspoon kosher salt
  3. 1 teaspoon oriental sesame oil
  4. 1 tablespoon corn oil
  5. 1 garlic clove
  6. 1 Cup assorted vegetables, such as sliced peppers, carrots,sliced water chestnuts

Sauce
  1. 4 tablespoons sugar
  2. 4 tablespoons distilled white vinegar
  3. 2 tablespoons soy sauce
  4. Half Cup Chicken Broth
  5. 1 tablespoon corn starch

Batter
  1. Half cup all purpose flour
  2. Half-cup cornstarch
  3. Half teaspoon salt
  4. 2 teaspoons baking powder

2/3 Cup cold water, approximately 2 cups corn oil for frying half Cup pineapple chunks or lychee

Cara:

  1. Using a sharp knife, loosen the skin, meat and cartilage from the narrow end of each chicken wing.
  2. Pull the meat back over the meatier end, turning the skin inside out and exposing the meat on the inside so wing looks like a lollipop.
  3. In a bowl combine the marinade ingredients, add the chicken and let stand for 20 minutes.
  4. Heat the tablespoon of corn oil in a medium saucepan and toss in the garlic and vegetables.
  5. Stir-fry with a wooden spoon for 2 minutes, then turn off the heat.
  6. Discard the garlic.
  7. Combine the sauce ingredients and stir into the saucepan mixture.
  8. Place the saucepan near the stove, to be cooked later.
  9. In a bowl mix the batter ingredients until smooth.
  10. Heat the 2 cups of oil in a wok to about 325_ F.
  11. While the oil is heating, remove 1 tablespoon of warm oil from the wok and stir it into the batter.
  12. Dip each wing into the batter and deep fry as many pieces as will float freely until golden brown, crisp and cooked, about 5 or 6 minutes.
  13. Turn once or twice while frying so the pieces fry evenly.
  14. Remove and drain.
  15. The chicken can be kept warm on a rack over a shallow baking pan in a 180_ F. oven.
  16. Continue the procedure until all the chicken is fried.
  17. When the chicken is almost finished frying, restir the sauce to dissolve the cornstarch.
  18. Place saucepan over medium heat and, while stirring, boil until the sauce thickens and becomes clear.
  19. Stir in the fruit and turn off the heat.
  20. Place the chicken on a large serving dish.
  21. Pour the sauce with the vegetables and fruit over it, and serve immediately.

Gulai Ayam


Bahan-Bahan
  1. 1 ekor ayam
  2. 1 ½ senduk cili kering (digiling)
  3. 1 ½ biji kelapa parut
  4. 1 senduk bawang merah (ditumbuk)
  5. 1 sudu besar halia (ditumbuk)
  6. 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
    ½ senduk besar minyak makan
  7. 7 sudu makan rempah kurma
  8. 1 keping gula melaka
  9. ½ sudu makan gula
  10. 2 biji cili hijau dan cili merah (dibelah dua)
  11. Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
  1. Ayam dibersihkan kemudian dipotong-potong, dibasuh dan toskan airnya.
  2. Kelapa diambil santan secukupnya.
  3. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga wangi baunya.
  4. Masukkan cili giling dan serbuk rempah kurma.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan hingga rata.
  6. Masukkan santan, gula melaka, gula, garam, asam keping dan serbuk perasa secukup rasa.
  7. Apabila telah pekat dan sebati bolehlah masukkan cili merah dan cili hijau yang sudah dipotong dua.

Wednesday, October 22, 2008

Rendang Ayam

Bahan-bahan
  1. 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  2. 2 batang serai dititik
  3. 2 helai daun kunyit dihiris halus
  4. 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  5. 4 cawan santan pekat
  6. 4 sudu besar kerisik
  7. Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
  8. Bahan2 digiling:-
    @ 10 ulas bawang merah
    @ 4 ulas bawang putih
    @ 15 biji cili api
    @ 15 tangkai cili kering
    @ 1 inci halia
    @ 1 inci lengkuas
    @ 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali.
  3. Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam.
  5. Masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  6. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat.
  7. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.

Tuesday, October 21, 2008

Ayam masak merah


Bahan-bahan
  1. 1/2 ekor ayam
  2. garam kunyit
  3. 1 biji bawang besar
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1/2 cawan sos cili
  6. 1/2 cawan sos tomato
  7. 1/2 cawan kicap
  8. 2 sudu besar sos tiram
  9. sedikit air
  10. 1 cm halia
  11. 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara
  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik.
  2. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit.
  3. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
  4. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  5. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi.
  6. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  7. Masukkan cili giling.
  8. Tumis sehingga pecah minyak.
  9. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam.
  10. Masak sehingga kuah pekat.