Tuesday, October 28, 2008

Ikan Masak Thai

Bahan-Bahan

Bahan-bahan A
  1. Ikan kerapu/siakap/merah-disapu garam
  2. Daun Limau Purut- dimayang halus
  3. Serai - dimayang halus
  4. Cili Kering/Cili Padi -dimayang halus
  5. Lengkuas -dimayang halus
Bahan-bahan B (kuah)
  1. Bawang putih - dicincang
  2. air putih - 1-2 cawan
  3. Kicap cair
  4. kicap pekat
  5. kiub pati ayam
  6. limau nipis
  7. gula
  8. garam
Cara
  1. Ikan digoreng garing dan diangkat.
  2. Bahan-bahan A tadi digoreng hingga layu dan diangkat.
  3. Gunakan minyak yang sama,tumis bawang putih hingga wangi dan masukan air,kicap cair,kicap pekat dan pati kiub ayam biar mendidih
  4. Masukan gula dan garam secukup rasa.
  5. Biar didih sebentar dan tutup api
  6. Baru diperahkan air limau nipis.
Cadangan Hidangan
  1. Letakan ikan didlm bekas
  2. Taburkan bahan A yg telah digoreng tadi dan tuangkan sos tadi diatas.
  3. Siap untuk dihidang.

Saturday, October 25, 2008

Ikan Masak 3 Rasa

Bahan-Bahan

BAHAN A:
  1. 1 ekor ikan siakap
  2. Garam
  3. Kunyit
  4. Minyak masak
BAHAN B:
  1. 2 biji bawang merah
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 1 ketul halia
  4. 3 batang serai (Semua bahan ini dirincis halus dan digoreng hingga garing)
BAHAN C:
  1. 4 sudu cabai kering yang telah diblander.
  2. Sedikit sos tiram
  3. Sedikit sos cili
  4. Gulu,garam dan daun limau purut.
BAHAN D:
  1. Karet
  2. Sudip
  3. jagung
  4. Bunga kobis
Cara
  1. Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (iaitu Bahan A).
  2. Bahan B yang telah digoreng hingga garing tadi dicampur pulak dengan Bahan C.
  3. Kemudian masukan sedikit air supaya tidak terlalu likat.
  4. Setelah masak dan naik bau masukan pulak Bahan D lebih kurang selama 7 minit.
  5. Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Gulai Ikan Lemak Kuning

Bahan-Bahan
  1. Ikan tongkol hitam seekor (sederhana besar)
  2. timun bebrapa potong
  3. lengkuas 2-3 hiris
  4. garam
  5. gula

Bahan B
  1. sebiji kelapa
  2. cili kering
  3. kunyit
Cara
  1. Bahan B dikisar lumat.
  2. Santan diperah dan ambil kepala beserta santan cair sedikit.
  3. Masukkan bahan B ke dalam periuk.
  4. Masukkan lengkuas, garam, gula, ikan. biarkan mendidih.
  5. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan pecah.
  6. Ketika ikan hampir masak, masukkan timun.
  7. Tutup dan hidangkan.

Thursday, October 23, 2008

Sweet and Sour Chicken

Bahan-Bahan

Marinade
  1. 1 tablespoon light soy sauce
  2. Half teaspoon kosher salt
  3. 1 teaspoon oriental sesame oil
  4. 1 tablespoon corn oil
  5. 1 garlic clove
  6. 1 Cup assorted vegetables, such as sliced peppers, carrots,sliced water chestnuts

Sauce
  1. 4 tablespoons sugar
  2. 4 tablespoons distilled white vinegar
  3. 2 tablespoons soy sauce
  4. Half Cup Chicken Broth
  5. 1 tablespoon corn starch

Batter
  1. Half cup all purpose flour
  2. Half-cup cornstarch
  3. Half teaspoon salt
  4. 2 teaspoons baking powder

2/3 Cup cold water, approximately 2 cups corn oil for frying half Cup pineapple chunks or lychee

Cara:

  1. Using a sharp knife, loosen the skin, meat and cartilage from the narrow end of each chicken wing.
  2. Pull the meat back over the meatier end, turning the skin inside out and exposing the meat on the inside so wing looks like a lollipop.
  3. In a bowl combine the marinade ingredients, add the chicken and let stand for 20 minutes.
  4. Heat the tablespoon of corn oil in a medium saucepan and toss in the garlic and vegetables.
  5. Stir-fry with a wooden spoon for 2 minutes, then turn off the heat.
  6. Discard the garlic.
  7. Combine the sauce ingredients and stir into the saucepan mixture.
  8. Place the saucepan near the stove, to be cooked later.
  9. In a bowl mix the batter ingredients until smooth.
  10. Heat the 2 cups of oil in a wok to about 325_ F.
  11. While the oil is heating, remove 1 tablespoon of warm oil from the wok and stir it into the batter.
  12. Dip each wing into the batter and deep fry as many pieces as will float freely until golden brown, crisp and cooked, about 5 or 6 minutes.
  13. Turn once or twice while frying so the pieces fry evenly.
  14. Remove and drain.
  15. The chicken can be kept warm on a rack over a shallow baking pan in a 180_ F. oven.
  16. Continue the procedure until all the chicken is fried.
  17. When the chicken is almost finished frying, restir the sauce to dissolve the cornstarch.
  18. Place saucepan over medium heat and, while stirring, boil until the sauce thickens and becomes clear.
  19. Stir in the fruit and turn off the heat.
  20. Place the chicken on a large serving dish.
  21. Pour the sauce with the vegetables and fruit over it, and serve immediately.

Gulai Ayam


Bahan-Bahan
  1. 1 ekor ayam
  2. 1 ½ senduk cili kering (digiling)
  3. 1 ½ biji kelapa parut
  4. 1 senduk bawang merah (ditumbuk)
  5. 1 sudu besar halia (ditumbuk)
  6. 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
    ½ senduk besar minyak makan
  7. 7 sudu makan rempah kurma
  8. 1 keping gula melaka
  9. ½ sudu makan gula
  10. 2 biji cili hijau dan cili merah (dibelah dua)
  11. Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
  1. Ayam dibersihkan kemudian dipotong-potong, dibasuh dan toskan airnya.
  2. Kelapa diambil santan secukupnya.
  3. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga wangi baunya.
  4. Masukkan cili giling dan serbuk rempah kurma.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan hingga rata.
  6. Masukkan santan, gula melaka, gula, garam, asam keping dan serbuk perasa secukup rasa.
  7. Apabila telah pekat dan sebati bolehlah masukkan cili merah dan cili hijau yang sudah dipotong dua.

Wednesday, October 22, 2008

Rendang Ayam

Bahan-bahan
  1. 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  2. 2 batang serai dititik
  3. 2 helai daun kunyit dihiris halus
  4. 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  5. 4 cawan santan pekat
  6. 4 sudu besar kerisik
  7. Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)
  8. Bahan2 digiling:-
    @ 10 ulas bawang merah
    @ 4 ulas bawang putih
    @ 15 biji cili api
    @ 15 tangkai cili kering
    @ 1 inci halia
    @ 1 inci lengkuas
    @ 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali.
  3. Masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam.
  5. Masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  6. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat.
  7. Sedia dimakan dengan pulut kuning atau nasi himpit.

Tuesday, October 21, 2008

Ayam masak merah


Bahan-bahan
  1. 1/2 ekor ayam
  2. garam kunyit
  3. 1 biji bawang besar
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1/2 cawan sos cili
  6. 1/2 cawan sos tomato
  7. 1/2 cawan kicap
  8. 2 sudu besar sos tiram
  9. sedikit air
  10. 1 cm halia
  11. 3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

Cara-cara
  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik.
  2. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit.
  3. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
  4. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  5. Ambik 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi.
  6. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  7. Masukkan cili giling.
  8. Tumis sehingga pecah minyak.
  9. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam.
  10. Masak sehingga kuah pekat.

Monday, October 20, 2008

Chicken Chop


Bahan-Bahan

  1. 1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
  2. 1 biji telur1 biji tomato
  3. 1 helai daun salad
  4. Sedikit daun pasli
  5. Sedikit lada sulah
  6. 20 gm potato chip (digoreng)
  7. 20 keping biskut tawar (dikisar halus)
  8. Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam
Bahan sos:

  1. 1 biji lada buah
  2. 1 biji bawang besar
  3. 2 sudu besar sos cili
  4. ½ batang lobak merah
  5. 1 sudu besar sos tomato
  6. 1 sudu besar sos lea & perrin
  7. 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara:

  1. Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin.
  2. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.
  3. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.
  4. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.
  5. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.
  6. Masakkan sos selama satu minit.
  7. Hidangkan.

Sunday, October 19, 2008

Ayam Masak Hitam


Bahan-Bahan

Bahan A:
  1. ½ ekor ayam (di potong kecil)
  2. 2 sudu besar serbuk kunyit
  3. garam
  4. 1 sudu jintan manis(di tumbuk halus)
Bahan B:
  1. 3 Ulas bawang merah/ bawang besar(dikisar)
  2. semangkuk cili kisar (mangkuk sederhana)
  3. 2 susu kicap pekat
  4. 2 sudu sos tiram
  5. 2 sudu sos tomato/ cili
  6. 2 biji bawang besar( di hiris bulat)
  7. 3 tangkai cili hijau ( di hiris atau di potong tgh)
  8. garam
  9. serbuk perasa
  10. minyak.
Cara:
  1. Bahan A diperap dan di goreng (agak2 je)
  2. keluarkan minyak sikit dan tumis bahan B sehingga garing
  3. setelah garing masukkan ayam.
  4. potong daun bawang 1/2 inci masukkan kedalam lauk.
  5. masukkan bawang hiris dan cili hijau.
  6. biar sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Sedap di makan dgn nasi putih atau nasi jagung.

Satay


Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )
  1. 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  2. 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
BAHAN PERAP
  1. 2 batang serai
  2. 1/2 inchi halia
  3. 1/2 inchi lengkuas
  4. 1/2 cawan jintan manis
  5. 1/2 cawan jintan putih
  6. 1/2 cawan gula
  7. Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  8. 4 sudu besar sos tiram
  9. 4 sudu besar kicap pekat
  10. 4 ulas bawang putih
  11. 4 ulas bawang merah
  12. 5 sudu besar minyak masak


BAHAN PERCIK

1/2 cawan minyak masak

4 sudu besar susu tepung

1 batang serai diketuk

BAHAN KUAH
  1. 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  2. 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  3. 2 ulas bawang merah
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 2 batang serai
  6. 1/2 cawan gula perang
  7. Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN
  1. Timun secukupnya sebagai ulam
  2. Bawang besar sebagai ulam
  3. Ketupat nasi (jika suka)
  4. Lidi satay secukupnya
Cara-cara
  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.
  2. Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.
  3. Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.
  4. Bakar hingga masak.
  5. Gaulkan sebati minyak dan susu.
  6. Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  7. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.
  8. Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  9. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.

Saturday, October 18, 2008

Lemon Chicken


Bahan-bahan
  1. 5 keping isi ayam yg di filet
  2. 1/2 biji perahan lemon
  3. sedikit garam dan lada sulah
  4. 1 cawan tepung gandum
  5. 1 camt garam
  6. 2 biji telur, dipukul sedikit
  7. Minyak secukupnya utk deep fry

Bahan Sos:

  1. 1/2 biji perahan lemon
  2. 3 camb kordial sirap
  3. 3 camb kordial lemon atau 1/2 camb sunquick
  4. sedikit garam

Cara-cara

  1. Kepingan ayam diperap dengan perahan lemon, garam dan lada sulah.
  2. Sediakan campuran tepung gandum dan garam.
  3. Sediakan juga bancuhan telur.
  4. Celupkan kepingan ayam ke dalam bancuhan telur dan salutkan campuran tepung.
  5. Goreng dalam minyak yg banyak menggunakan api yg perlahan sehingga warna keemasan.

Untuk bahan sos, gaul sebati kesemua bahan.
Ayam dihidang bersama sos lemon.
Sedia dihidang.

Nasi Dagang Terengganu


Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang
  1. 3 Cawan Beras Siam
  2. 1 Cawan Beras Pulut
  3. 2 Cawan Santan Cair
  4. 2 Cawan Santan Pekat
  5. 4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
  6. 1 Inci Halia(dihiris halus)
  7. Sedikit Alba
  8. Garam Secukup Rasa
Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu
  1. 1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
  2. 1 Mangkuk Santan
  3. 2 Sudu Besar Rempah
  4. 10 Ulas Bawang Merah}
  5. 1 Ulas Bawang Putih }
  6. ½ Inci Halia } Dikisar
  7. ½ Inci Lengkuas }
  8. 3 Keping Asam
  9. 5 Sudu Besar Cili Giling
  10. Sedikit Cili Padi
  11. Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara-cara Membuat Nasi Dagang:
  1. Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.
  2. Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.
  3. Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.
  4. Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.
Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.
Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:
  1. Kacau santan hingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.
  3. Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.
  4. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
  5. Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.
  6. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.
Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu
  • Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orang
    Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
  • Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
  • Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu