Sunday, October 19, 2008

Satay


Bahan-bahan ( 20 cucuk atau lebih )
  1. 500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
  2. 500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis)
BAHAN PERAP
  1. 2 batang serai
  2. 1/2 inchi halia
  3. 1/2 inchi lengkuas
  4. 1/2 cawan jintan manis
  5. 1/2 cawan jintan putih
  6. 1/2 cawan gula
  7. Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
  8. 4 sudu besar sos tiram
  9. 4 sudu besar kicap pekat
  10. 4 ulas bawang putih
  11. 4 ulas bawang merah
  12. 5 sudu besar minyak masak


BAHAN PERCIK

1/2 cawan minyak masak

4 sudu besar susu tepung

1 batang serai diketuk

BAHAN KUAH
  1. 500 gram kacang tanah (goreng dengan minyak tanpa buang kulit)
  2. 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas dulu)
  3. 2 ulas bawang merah
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 2 batang serai
  6. 1/2 cawan gula perang
  7. Garam, gula putih , air dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN
  1. Timun secukupnya sebagai ulam
  2. Bawang besar sebagai ulam
  3. Ketupat nasi (jika suka)
  4. Lidi satay secukupnya
Cara-cara
  1. Kisar kesemua bahan perap hingga halus.
  2. Kemudian perapkan daging dan ayam dalam bekas berasingan dengan menggunakan bahan perap ini selama 2 jam.
  3. Kemudian kelimkan pada lidi satay dengan kemas.
  4. Bakar hingga masak.
  5. Gaulkan sebati minyak dan susu.
  6. Percikkan bahan ini diatas satay semasa membakar.
  7. Kisar bahan-bahan kuah hingga separuh lumat.
  8. Masakkan bahan ini atas api kecil hingga pekat.
  9. Sedia dihidang bersama timun,bawang besar dan ketupat nasi.

No comments: